Kertas Siasatan Kes Rasuah Wartawan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki

LocalPolitics
3 Mar 2025 • 5:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azam Baki - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA - Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan itu diserahkan bagi membolehkan pihak berkenaan membuat penilaian mengenai kes itu.

Beliau berkata penahanan itu dibuat susulan pengadu mendakwa wartawan itu telah meminta sejumlah wang dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

"Dalam hal ini, bila permintaan wang telah dibuat walaupun oleh seorang wartawan yang pada syak kita permintaan itu adalah berkaitan sesuatu perkara iaitu tidak menerbitkan suatu artikel.

"Dia (disyaki) memaksa pengadu itu untuk membayar wang, maka satu kesalahan rasuah dan kesalahan rasuah ini bukan hanya tertakluk kepada penjawat awam ataupun ahli politik sahaja," katanya dalam sidang media di sini hari ini. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved