![“Kami Tak Jangka Perkara Ini Berlaku” – Ahli Keluarga Wanita Cium Bella Astillah Ketika Kenduri Di Johor Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/Ahli-keluarga-wanita-cium-Bella-Astillah-mohon-maaf.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemeriahan majlis Kenduri Rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pasangannya, Bella Astillah di Yong Sheng, Banquet Hall, Jalan Bakri, Muar, Johor pada 25 Oktober lalu nyata menarik perhatian.
Namun di sebalik kemeriahan tersebut, tular di media sosial video memaparkan aksi seorang wanita berusia yang menarik Bella lalu menciumnya berulang kali.
Video itu nyata mendapat perhatian sehingga ada warganet yang mengkritik tindakan wanita berkenaan.
View on Threads
View on Threads
Wakil Keluarga Mohon Maaf, Tak Jangka Perkara Itu Akan Berlaku
Terbaharu, wakil keluarga wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf ekoran perbuatannya itu.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi panggilan telefon oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai menantu kepada wanita berkenaan dalam segmen 3 Pagi Era hari ini yang turut menampilkan Bella sebagai penyampai radio.
“Baru-baru ini yang viral tentang mak cik kiss (cium) Bella tu, itu adalah emak mertua saya.
“Kami satu keluarga ingin memohon maaf di atas keterujaan emak saya tu,” katanya.
Bella Sambut Baik Permohonan Maaf, Dakwa Dirinya Okay & Tiada Kecederaan Yang Berlaku
Bella yang juga merupakan pelakon utama drama Aku Tanpa Cintamu kemudiannya menyambut baik permohonan maaf itu dan menjelaskan tiada kecederaan yang dialami akibat insiden berkenaan.
Malah, Bella juga turut memohon maaf kepada individu itu sekiranya insiden berkenaan telah menyebabkan ibu mertua wanita menjadi tular di media sosial.
“Eh tak apa, tak apa. Saya sendiri sebagai tuan punya badan, okay. Tak ada apa masalah, tak ada apa-apa kecederaan pun.
“Bagi pihak Bella juga, minta maaf. Mungkin ada peminat Bella yang terlebih prihatin yang mungkin menularkan emak mertua, Bella pun minta maaf,” katanya.
Individu Dakwa Dah Cuba Hubungi Bella Menerusi Instagram, Ambil Cubaan Hubungi Radio Era FM
Menerusi video yang dikongsikan di platform media sosial Era FM, kedengaran individu itu sekali lagi memohon maaf atas perbuatan di luar jangkaan ibu mertuanya itu.
Malah dakwanya lagi, dia telah cuba menghubungi Bella menerusi mesej peribadi di Instagram namun tiada balasan yang diterima.
“Saya betul-betul minta maaf sebab itu di luar jangkaan orang tua kan? Kitaorang pun tak jangka benda ini semua berlaku.
“Kami satu keluarga dah cuba pm (private message) dekat Instagram tetapi tiada respon.
“Jadinya, kebetulan saya terlihat Bella dekat Era, tu saya call Bella,” katanya.
Bella kemudiannya menzahirkan penghargaan kepada individu itu menelefon dan menyampaikan permohonan maaf berkenaan.
Malah, Bella sekali lagi menjelaskan bahawa dia memahami apa yang berlaku dan turut menyampaikan salam kepada ibu mertua individu itu.
View on Threads
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astilah selamat diijab kabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.
Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober yang dihadiri seramai 3,000 tetamu sebelum berlangsungnya Kenduri Rakyat di Muar, Johor.
Majlis perkahwinan pasangan ini akan diteruskan menerusi sebuah lagi Kenduri Rakyat pada 31 Oktober ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq, Bella Astilah Berbaju Melayu & Kurung Tawan Gunung Kinabalu Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tapi Suara Besar Dah’ – Tak Sangka, Bella Astillah Rupanya Penyanyi Lagu OST Diari Ramadan Rafique [Video]





