Keluarga ‘Makcik’ Cium Pipi Bella Astillah Tampil Mohon Maaf, Ini Respons Tuan Badan - “Tak Apa, Saya…”

28 Oct 2026 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Keluarga ‘Makcik’ Cium Pipi Bella Astillah Tampil Mohon Maaf, Ini Respons Tuan Badan - “Tak Apa, Saya…”

Menantu sulung kepada wanita yang tular mencium pipi Bella Astillah tampil memohon maaf bagi pihak keluarganya atas keterujaan ibu mentuanya ketika bertemu penyanyi tersebut ketika di majlis resepsi ‘Kenduri Rakyat’ di Muar, Johor baru-baru ini.Permohonan maaf itu disampaikan menerusi panggilan telefon ketika Bella sedang bersiaran langsung di stesen radio ERA.Menurut pemanggil berkenaan, keluarganya tidak menjangka kejadian tersebut berlaku dan sudah berusaha menghubungi Bella menerusi mesej langsung dalam Instagram.“Itu adalah mak mentua saya. Kami satu keluarga ingin memohon maaf atas keterujaan mak saya itu.“Kami pun tak jangka semua ini berlaku. Kami dah cuba nak hantar mesej kepada Bella dalam Instagram tetapi tiada respons.“Kebetulan saya tengok Bella di ERA, jadi saya telefon,” katanya.Memberikan respons, Bella menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kejadian tersebut, malah tidak mengalami kecederaan.Penyanyi lagu Bersama Aku Setia Selamanya itu turut menenangkan pemanggil berkenaan supaya tidak bimbang dengan keadaannya.“Tak apa, saya tuan badan okay. Saya tiada apa masalah, tiada kecederaan pun.“Bagi pihak saya pun mungkin minta maaf, mungkin ada peminat saya yang terlebih prihatin sehingga perkara itu tular,” ujarnya.Dalam masa sama, Bella menghargai usaha ahli keluarga wanita tersebut menghubunginya untuk menyampaikan permohonan maaf.“Terima kasih sebab sudi hubungi saya. Bella okay sahaja, sampaikan salam kepada ibu,” katanya.Sumber: era.je

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved