‘Maafkan keterujaan emak saya’ – Menantu wanita cium Bella Astillah tampil kongsi penjelasan, ini jawapan tuan badan

LocalEntertainment
28 Oct 2026 • 1:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Maafkan keterujaan emak saya’ – Menantu wanita cium Bella Astillah tampil kongsi penjelasan, ini jawapan tuan badan

INSIDEN Bella Astillah ditarik pada leher dan dicium seorang wanita ketika menghadiri kenduri rakyat di Muar, Johor, baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Susulan kejadian itu, menantu kepada wanita berkenaan tampil memohon maaf bagi pihak keluarga atas tindakan yang mencetuskan perhatian ramai.

Menerusi panggilan telefon ke stesen radio Era FM, menantu wanita tersebut menghubungi Bella untuk menyampaikan permohonan maaf selepas usaha menghubungi penyanyi dan pelakon itu menerusi Instagram tidak berjaya.

"Baru-baru ini tentang yang viral mak cik cium Bella tu.  Dia adalah mak mentua saya. Kami sekeluarga ingin memohon maaf di atas keterujaan emak.

Image from: ‘Maafkan keterujaan emak saya’ – Menantu wanita cium Bella Astillah tampil kongsi penjelasan, ini jawapan tuan badan

"Saya betul-betul minta maaf sebab itu di luar jangkaan, orang tua kan. Jadi, kami pun tak expect benda ni semua berlaku.

"Sebenarnya kami sudah cuba hantar mesej di Instagram tetapi tiada responds. Jadi, saya terlihat Bella di Era FM. Terus saya hubungi Bella," kongsinya.

Sementara itu, Bella menerima permohonan maaf tersebut dengan baik dan menjelaskan bahawa insiden berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepadanya.

"Eh, tak apa, tak apa. Saya sendiri tuan punya badan okay. Tiada apa-apa masalah mahupun kecederaan. Dan bagi pihak Bella juga mungkin minta maaf, mungkin ada peminat Bella prihatin yang mungkin viral kan ibu mentua.

"Terima kasih kerana sudi menghubungi, saya juga minta maaf . Sampaikan salamlah pada ibu mentua.  Semoga kita dapat berjumpa nanti, " kongsinya.

Image from: ‘Maafkan keterujaan emak saya’ – Menantu wanita cium Bella Astillah tampil kongsi penjelasan, ini jawapan tuan badan

Terdahulu, video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial dan mengundang perbincangan dalam kalangan warganet mengenai tindakan mendekati selebriti tanpa mengambil kira keselesaan mereka.

Terdahulu, Bella dan suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman  diraikan di Kenduri Rakyat di Muar pada Sabtu yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu dari pelbagai negeri termasuk negara jiran Singapura.

Selain itu, pasangan yang dikenali dengan akronim BASS itu turut dijadualkan majlis di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Instagram Era FM

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved