“Kami tiada niat mengejek, tiru content viral je” – Buat Usahawan OKU Tersinggung, Restoran Mohon Maaf

Entertainment
31 Jul 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah restoran steamboat dikecam hebat selepas membuat content seolah-olah mempersenda golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan OKU dikenali sebagai Amir Azam di TikTok, video itu memperlihatkan pekerja restoran berperilaku seperti seorang yang tidak normal ketika melakukan tugas di kedai makan berkenaan.

Amir Azam yang tersinggung dengan video terbabit telah menegur dengan meminta agar pihak restoran lebih cakna dan sensitif dengan isu OKU.

“Dah normal, tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun TikTok, saya harap boleh padam video berkaitan, mengejek-ngejek fizikal seseorang individu OKU. Isu sensitiviti OKU.

“Jadi saya harap content yang macam ni tidak patut ditunjukkan contoh kepada umum. Bahkan lagi untuk mempromosikan kedai anda tempat untuk mencari rezeki,” katanya.

@amirazam94

Tengok Video ini sampai habis.. untuk owner kedai @achiksteamboat_shellout harap jangan ulangi kontent video sebegini rupa.. #fypシ゚viral #fypシ

♬ bunyi asal – Amir Azam – Amir Azam

Restoran mohon maaf

Susulan dikecam orang ramai berhubung video yang didakwa persenda OKU, pihak restoran tampil membuat permohonan maaf.

Pihak restoran memuat naik satu hantaran video menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mengejek golongan istimewa.

Katanya, mereka hanya membuat content untuk mengikut trend yang sedang tular di TikTok pada ketika ini.

“Saya mewakili Achik Steamboat ingin memohon maaf kepada semua netizen di luar sana berhubung dengan video yang sedang tular ini dengan dakwwan kami menghina atau mengejek golongan OKU.

“Kami memang tiada niat langsung. Kami hanya sekadar meniru content lain yang sedang tular.

“Jangan fikir negatif, kami memang tiada niat, kami hanya tiru content. Saya harap netizen di luar sana faham penjelasan saya,” jelasnya.

Dalam video penjelasan itu, mereka meniru content pekerja melakukan gaya tidak normal kerana pasangan tidak mahu dia kelihatan cantik atau kacak ketika berada di tempat kerja. Semakan kami mendapati, trend itu banyak dilakukan oleh pengguna TikTok di negara jiran.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.