“Kami utamakan solat” – Alasan Restoran Nasi Kandar Buka Lewat Terima Pujian Netizen

Entertainment
8 Jan 2024 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang baru-baru ini menerima pujian ramai selepas membuat permohonan maaf kepada para pelanggan yang mula beratur sejak pagi di premis mereka kerana lewat membuka restoran berkenaan.

Restoran Nasi Kandar Sulaiman yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang ini memuat naik status berkenaan di Facebook rasmi mereka selepas mendengar ada rungutan oleh segelintir pelanggan yang kurang senang dengan kelewatan mereka membuka gerai mereka itu.

“Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45am. Kami buka lepas solat subuh jadi sekarang waktu lambat jadi terpaksa buka kedai pun agak lambat sedikit”

Menurut kenyataan tersebut, pihak restoran memohon maaf kerana terpaksa membuka kedai pada pukul 6.45 pagi dan hal tersebut kerana seperti kebiasaan, mereka akan buka selepas waktu subuh. Jadi apabila waktu subuh sekarang lewat, mereka juga terpaksa menganjak waktu pembukaan kedai tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak restoran berasa kesian kepada para pelanggan yang sudah mula beratur awal sebelum jam 6.30 pagi, dan ada beberapa orang seakan-akan tidak berpuas hati selepas mendapati kedai hanya dibuka seawal 6.45 pagi.

“Minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat subuh”

Tampil memohon maaf atas kelewatan tersebut, tindakan restoran yang mengutamakan solat Subuh tersebut menjadi bualan ramai dan ramai memuji tindakan mereka yang mengutamakan apa yang patut diutamakan.

image is not available

Menerusi ruangan komen, ramai pelanggan memberi semangat dan mendoakan agar perniagaan tersebut semakin maju dan diberkati. Dalam masa yang sama, restoran berkenaan juga berharap agar doa-doa yang baik terhadapnya itu berbalik semula kepada yang mendoakan serta berharapkan semua istiqamah dalam beribadah.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.