Kanada Semak Sama Ada Kapal Bawa Netanyahu Guna Ruang Udaranya - Menteri Luar

WorldPolitics
24 Sep 2026 • 2:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanada Semak Sama Ada Kapal Bawa Netanyahu Guna Ruang Udaranya - Menteri Luar

Kanada bakal semak sama ada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan melalui ruang udara Kanada pada Khamis.

Memetik Anadolu, Menteri Luar Kanada, Anita Anand berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat (PBB) di New York.

Menurut CTV News, Anand telah meminta kementeriannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan tersebut.

Kanada Semak Jika Netanyahu Guna Ruang Udaranya

"Saya sebenarnya sudah meminta kementerian mendapatkan maklumat berkaitan penerbangan ini kerana saya tidak memilikinya sebelum datang ke PBB," katanya.

Bagaimanapun, Anand enggan menyatakan sama ada Kanada menganggap Netanyahu sebagai penjenayah perang.

"Kami menghormati keputusan mahkamah antarabangsa dan sentiasa menyokong mereka yang sedang menderita, termasuk di Gaza, Palestin dan Tebing Barat, selain memastikan jenayah terhadap kemanusiaan ditangani sewajarnya," ujarnya.

Image from: Kanada Semak Sama Ada Kapal Bawa Netanyahu Guna Ruang Udaranya - Menteri Luar
Kredit: AFP

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, berkata pada Oktober lalu bahawa Netanyahu akan ditahan sekiranya memasuki Kanada.

Sebagai pemimpin asing yang menaiki pesawat rasmi, Netanyahu perlu mendapatkan kebenaran diplomatik daripada kerajaan Kanada sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum memasuki ruang udara negara itu.

Netanyahu kini berdepan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada November 2024, bersama dengan waran tangkap bagi bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

Baca juga:

Mahkamah mendapati terdapat "alasan munasabah" untuk mempercayai kedua-duanya mempunyai tanggungjawab jenayah atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Netanyahu dijadualkan berada di New York pada Khamis bagi menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved