Kanak-kanak, 10, cedera tong gas LPG meletup

LocalHealth & Fitness
3 Mar 2025 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) di dapur kediamannya di Kampung Berungis di sini meletup, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.32 petang.

Katanya, seramai 15 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kanak-kanak yang cedera sudah dihantar oleh orang awam ke hospital berhampiran.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, berkemungkinan terdapat kebocoran pada hos gas dan mangsa yang tinggal sendirian menghidupkan soket peti sejuk lalu mengakibatkan percikan berlaku,” katanya dihubungi.

Menurut Mohammad Nor, mangsa kini menjalani rawatan di hospital Tuaran akibat kecederaan pada bahagian muka dialaminya.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi mengelak bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang kemudian,” katanya.