
Tuaran: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarga di Pantai Sabandar di sini, petang hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.52 petang berhubung kejadian terbabit.
AdvertisementKatanya, seramai 11 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat dan bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejauh 4 kilometer di kawasan sepanjang pantai.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Operasi akan turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu," katanya dihubungi.

