
Tuaran: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarga di Pantai Sabandar di sini, ditemukan lemas pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan ahli keluarga mangsa pada jam 5.50 pagi.
Advertisement"Mangsa ditemui di tepi pantai kira-kira 700 meter dari lokasi akhir mangsa dilaporkan hilang pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) ".
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Mohamad Nor, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu terlibat dalam operasi beserta satu jentera, bot dan kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


![[VIDEO] WhatsApp tak berbalas, rupanya adik maut bersama tiga bekas murid](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
