Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga

9 Nov 2026 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya.
Image from: Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.
Image from: Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.
Image from: Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang.

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhd Luqman yang berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di sini pada Isnin.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng jam 12.06 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.

**media[3704946]**

Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu operasi dengan menyediakan lapan bot rafting bagi membantu usaha mengesan mangsa.

"Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

**media[3704729]**

"Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

**media[3704945]**

Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga telah dibuka di lokasi kejadian.

"Anggota BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar," katanya.

Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved