Kanak-kanak 3 Tahun Cedera Parah Sebab T*rjun Keluar Dari Kereta Masa Hari Pertama Sekolah

LocalFamily & Parenting
7 Jan 2026 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari pertama persekolahan berubah menjadi satu tragedi apabila kanak-kanak perempuan 3 tahun terjun dari kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak dan dipandu oleh seorang guru di Rompin Pahang.

Ia menyebabkan kanak-kanak perempuan tersebut mengalami kecederaan di mulut yang teruk sehingga memerlukan pembedahan dan menerima lebih daripada 20 jahitan.

Artikel berkaitan : Isteri Anggota Tentera Sarat Hamil 8 Bulan, Suami Sibuk Jalin Hubungan Cinta Dengan Guru

Artikel berkaitan : Takut Anak Bosan? 5 Aktiviti Menyeronokkan Yang Korang Boleh Buat Sepanjang Cuti Sekolah Ni!

image is not available

Memetik laporan Sin Chew Daily, ibu kepada kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku tak sampai 5 minit lepas cikgu ambil anaknya.

Pada mulanya, ibunya rasa mungkin kecederaan itu tidak berapa teruk seperti calar sahaja ketika dihubungi oleh guru anaknya itu, namun dia terkejut apabila menyaksikan sendiri keadaan anaknya selepas tiba ke tempat kejadian.

“Apabila saya tiba di tempat kejadian, saya melihat pakaian anak saya berlumuran darah, dan darah mengalir dari mulutnya. Saya segera membawanya ke bilik kecemasan hospital,” katanya.

image is not available

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor hospital menjelaskan bahawa kecederaan anaknya itu ternyata agak serius dan memerlukan rujukan doktor gigi untuk rawatan lanjut.

Doktor menyatakan bahawa kanak-kanak itu bukan sahaja mengalami luka di bahagian luar bibir, namun gusinya juga koyak teruk. Bagaimanapun, rawatan tersebut telah berjaya dilakukan dan kanak-kanak itu telah pulang ke rumah untuk proses pemulihan. 

image is not available

Buat masa ini, mangsa tidak dapat makan seperti biasa dan hanya perlu minum susu dan ubat yang diberikan melalui sudu.

Kecederaannya juga perlu ‘dicuci’ secara berkala untuk mencegah jangkitan, dan dia perlu menjalani pemeriksaan setiap minggu.

“Saya masih berasa takut apabila memikirkannya. Saya hanya berharap anak saya dapat pulih tidak lama lagi.”

Sumber : WORLD OF BUZZ, Sin Chew Daily

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.