Kanak-kanak 7 tahun ditemui berkeliaran di Terminal Putrajaya Sentral, selamat diserah kepada waris

LocalFamily & Parenting
30 Sep 2026 • 8:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak 7 tahun ditemui berkeliaran di Terminal Putrajaya Sentral, selamat diserah kepada waris

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun yang ditemui berkeliaran tanpa penjaga di Terminal Putrajaya Sentral, pagi tadi selamat diserahkan kepada warisnya, tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi memberitahu, pihaknya berjaya menghubungi waris kanak-kanak itu dan mangsa telah diserahkan sekitar 12 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan menaiki tren MRT dari Stesen Putra Permai, Seri Kembangan seorang diri sebelum turun di stesen MRT Putrajaya.

“Kanak-kanak ini tinggal dengan nenek dia di Putra Permai dan keluar mencari ibunya yang menetap di Pandan Jaya,” katanya.

Sebelum ini, tular mengenai hantaran di Threads memaparkan maklumat penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh hingga lapan tahun di Terminal Putrajaya Sentral seorang diri tanpa penjaga.

Ketika ditemui, kanak-kanak yang dikenali sebagai Usup itu ditemui dengan keadaan menggalas beg berwarna merah tanpa arah tuju sebelum ditemui petugas terminal. – UTISAN

The post Kanak-kanak 7 tahun ditemui berkeliaran di Terminal Putrajaya Sentral, selamat diserah kepada waris appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved