Kanak-kanak Autisme Hilang Di Baling, Operasi Pencarian Hari Kedua Diteruskan

29 Mar 2025 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Baling, Kedah pada tengah hari semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, kanak-kanak berusia empat tahun, Fayyad Affan Mohd Fakhri itu disedari telah hilang dari rumah di Kampung Landak Paya, Kupang pada jam 12.50 tengah hari pada Jumaat sebelum keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu.

image is not available

Susulan laporan polis tersebut, anggota bomba telah menjalankan operasi SAR untuk mencari dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut di lokasi Fayyad hilang iaitu di sekitar rumahnya.

Difahamkan, kawasan rumah kanak-kanak itu terletak berhampiran dengan kawasan sungai.

image is not available

Menurut pihak bomba, operasi mencari kanak-kanak lelaki itu melibatkan kawasan jalan utama, sepanjang tebing sungai dan kawasan mini tar.

Hari ini, operasi mencari telah memasuki hari kedua dan operasi mencari diteruskan.

Selain pihak bomba, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung sekitar, bomba sukarela dan unit K9 juga turut sama membantu mencari kanak-kanak itu.

Sama-sama kita doakan agar adik ini segera ditemui dengan selamat agar dapat kembali ke pangkuan keluarganya.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.