Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit

29 Mar 2025 • 9:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Enam lot kedai makan dan sebuah kedai perkakasan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.36 tengah hari sebelum enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam lot kedai makan yang berada di belakang kedai perkakasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira 2.50 petang namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, saksi Ramzana Ali, 39, yang juga pekerja kedai perkakasan itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur di bahagian belakang bangunan yang terletak bersebelahan kedai yang terbakar itu.

“Saya terjaga selepas dengar bunyi bising dan apabila menyedari kejadian itu, saya segera hubungi majikan dan menyelamatkan diri,” katanya.

— BERNAMA

image is not available
Tujuh lot kedai di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran pada 29 Mac 2025. Foto BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved