Kanak-kanak autistik mati lemas di Pantai Kuala Kerteh

5 Aug 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak autistik mati lemas di Pantai Kuala Kerteh

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak lelaki autistik maut akibat lemas selepas dihanyutkan ombak ketika bermain di gigi Pantai Kuala Kerteh, di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Syahmi Farhan Mohd. Firdaus, 6, ditemui orang awam yang membantu operasi pencarian pada pukul 5.43 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Mokhtar Dollah berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden tersebut pada pukul 3.43 petang.

Menurutnya, sebelum kejadian kanak-kanak tersebut dikatakan beriadah bersama ahli keluarganya di pantai peranginam tersebut.

“Mangsa yang sedang bermain pasir di gigi pantai dikatakan hilang secara tiba-tiba oleh ahli keluarganya yang kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat.

“Mangsa dijumpai tenggelam dalam kedalaman 1.5 meter di dasar pantai kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya di sini hari ini.

Mokhtar berkata, mayat  Muhammad Syahmi Farhan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak autistik mati lemas di Pantai Kuala Kerteh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved