Kanak-Kanak Berisiko Jadi ‘Target’, Fahmi Fadzil Mahu Pencipta Kandungan Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Digital

LocalTechnology
15 Oct 2026 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkembangan industri kandungan digital perlu bergerak seiring dengan usaha memastikan keselamatan kanak-kanak di Internet, khususnya daripada ancaman jenayah seksual dan pengantunan kanak-kanak (child grooming).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penghasilan kandungan kreatif perlu terus digalakkan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi kreatif negara, namun aspek keselamatan pengguna khususnya golongan kanak-kanak tidak boleh diabaikan.

Advertisement

Menurutnya, kerajaan mahu memastikan platform digital seperti YouTube terus menjadi ruang untuk pencipta kandungan berkarya tanpa mendedahkan pengguna muda kepada risiko jenayah dalam talian.

Fahmi Fadzil beri ucapan

Bahaya budak kecil mesej dengan orang dewasa

Fahmi menjelaskan bahawa antara kebimbangan utama kerajaan adalah kemungkinan kanak-kanak berinteraksi dengan individu dewasa yang mempunyai niat untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.

Beliau menegaskan bahawa usaha membangunkan industri kreatif perlu mengambil kira ancaman jenayah seksual dan pengantunan kanak-kanak yang boleh berlaku melalui platform digital.

Yang menjadi keutamaan adalah mengelakkan anak-anak daripada menggunakan platform untuk bercakap dengan orang dewasa yang berkemungkinan memangsakan mereka.

Lelaki bermain telefon dan membalas mesej

Dalam pada itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus menyokong pembangunan kandungan kreatif yang berkualiti serta bertanggungjawab.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk memperkukuh sektor ekonomi kreatif yang semakin berkembang melalui pelbagai platform digital.

Selain itu, Majlis Ekonomi Jingga yang ditubuhkan bagi mengurus dasar dan meneliti program berkaitan ekonomi kreatif turut memainkan peranan dalam memperkasakan industri berkenaan.

‘Content creator’ buat ‘content’ bermanfaat dan positif

Mengulas mengenai program Creators for Impact 2026, Fahmi berkata inisiatif anjuran Google itu memberi peluang kepada pencipta kandungan mempelajari teknik menghasilkan kandungan yang lebih relevan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Program tersebut turut menekankan kepentingan menyampaikan mesej keselamatan dalam talian kepada penonton.

Menurut Fahmi, pencipta kandungan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk kesedaran golongan muda mengenai penggunaan Internet secara bertanggungjawab.

Sehubungan itu, kerjasama antara kerajaan, syarikat teknologi dan pencipta kandungan perlu diperkukuh bagi memastikan mesej keselamatan digital dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

FF2026-10-06 17:03:48

Ekonomi Kreatif Jadi Fokus Kementerian Komunikasi Dalam Cadangan Belanjawan 2027 - Fahmi Fadzil

The post Kanak-Kanak Berisiko Jadi ‘Target’, Fahmi Fadzil Mahu Pencipta Kandungan Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Digital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved