
KAJANG – Polis sedang mengesan waris atau individu yang mengenali identiti seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di tepi Lebuh Raya SILK berhampiran AEON Cheras Selatan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan kanak-kanak itu kira-kira pukul 4.30 petang.
“Kanak-kanak itu dianggarkan berusia lapan tahun, berketinggian kira-kira 120 sentimeter dan seberat sekitar 30 kilogram. Ketika ditemui, dia memakai baju-T berwarna hitam putih serta seluar berwarna kelabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan identiti atau waris kanak-kanak terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Karunagaran Balan di talian 012-244 9414 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Kanak-kanak ditemui di tepi Lebuh Raya SILK, waris dicari appeared first on Kosmo Digital.






