Kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui tepi Lebuhraya SILK

5 Aug 2026 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui tepi Lebuhraya SILK
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti atau waris kanak-kanak terbabit diminta tampil bagi membantu pihak polis.

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui di tepi Lebuhraya SILK berhadapan AEON Cheras Selatan, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dianggarkan berusia lapan tahun, namun maklumat berkaitan nama, tarikh lahir serta bangsa atau keturunannya masih belum dikenal pasti.

"Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 120 sentimeter dan berat lebih kurang 30 kilogram.

"Ketika ditemui, dia memakai baju T-shirt berwarna hitam putih serta seluar kelabu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti atau waris kanak-kanak terbabit diminta tampil bagi membantu pihak polis.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan B Karunagaran di talian 012-244 9414," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved