Kanak-kanak dua tahun diserang sekumpulan anjing

6 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak dua tahun diserang sekumpulan anjing
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diserang sekumpulan anjing dipercayai liar di kawasan Peserai di sini pada Sabtu. Gambar fail Sinar Harian

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera hampir seluruh badan selepas diserang sekumpulan anjing dipercayai liar di kawasan Peserai di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumah keluarganya.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang sekumpulan anjing liar di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada hampir seluruh badan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ahli keluarga ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk pemeriksaan dan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved