Kanak-kanak Itali paling ramai obesiti di Eropah

WorldHealth & Fitness
28 Jul 2026 • 6:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak Itali paling ramai obesiti di Eropah

ROM: Krisis berat badan berlebihan paling ketara berlaku di bahagian selatan negara Itali apabila lebih 40 peratus kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun mengalami masalah obesiti.

Pekan Ponticelli yang terletak di pinggir bandar Naples pula kini mendapat gelaran yang kurang menyenangkan.

Ia kini dikenali  sebagai antara ‘ibu kota’ obesiti kanak-kanak dunia.

Perkembangan ini amat me­ngejutkan bagi sebuah negara yang sekian lama dianggap sebagai ‘rumah’ kepada Diet Mediterranean.

Namun kini, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kanak-kanak Itali berada dalam kalangan mereka yang mempunyai kadar berat badan berlebihan paling tinggi di Eropah.

Pengambilan makanan berasaskan karbohidrat tinggi secara berlebihan seperti piza, pasta, kentang dan protein tanpa kawalan dilihat menjadi antara punca utama peralihan corak pemakanan ini.

“Diet Mediterranean tradi­sional kini semakin dilupakan. Hanya kira-kira 10 peratus rak­yat Itali yang benar-benar masih mengamalkannya,” kata Pe­ngarah Institut Panjang Umur di Universiti Southern California, Dr. Valter Longo.

Diet Mediterranean yang kaya dengan sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun, bijirin penuh dan ikan dijulang sebagai model pemakanan sihat dunia selepas kajian dibuat pada era 1950-an. 

Namun, budaya pemakanan Itali yang mengilhamkan kajian tersebut kini hampir tidak wujud lagi.

Seorang doktor di Hospital Betania yang terletak di Ponticelli, Dr. Sonja Chiappetta telah menghabiskan masa selama 15 tahun merawat pesakit yang mengalami obesiti melampau.

Menurutmya, jika dahulu sebahagian besar pesakitnya berumur dalam lingkungan 50-an, senarionya kini sudah jauh berubah.

“Kini saya melihat pesakit dalam lingkungan umur remaja, seawal usia 16 tahun. Pesakit semakin muda dan ini amat menakutkan,” katanya. – AGENSI

 

The post Kanak-kanak Itali paling ramai obesiti di Eropah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved