
Kes Zayn Rayyan: Usaha Kumpul Bahan Bukti Diteruskan, Saksi Buat Lakonan Semula Hari Ini
Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dilaporkan memasuki Blok R, Apartmen Idaman sekali lagi dan membuat lakonan semula bersama saksi hari ini.
Berita itu dikongsikan oleh BERNAMA di laman X rasmi milik mereka sebentar tadi.
Berdasarkan perkongsian itu, Unit Forensik itu mula memasuki blok kediaman tersebut pada jam 11 pagi tadi.
Operasi itu dilakukan bagi mengumpul lebih banyak bahan bukti berhubung kes pembunuhan adik Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Sekumpulan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memasuki Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 11 pagi ini untuk mengumpul lebih bahan bukti dan membuat lakonan semula bersama beberapa saksi berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn… pic.twitter.com/D4UUmvxZOd
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 15, 2023
Semalam, dua kanak-kanak dilapor sempat melibat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin pada 5 Disember lalu.
Dua saksi itu berjaya dikesan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran dilakukan ke atas penduduk apartmen tersebut.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, dua saksi itu sempat melihat kelibat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hari kejadian.
“Siasatan mendapati dua kanak-kanak ini mendakwa ternampak Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada petang 5 Disember lalu.
“Setakat ini, polis telah mengambil 10 sampel DNA menjadikan sebanyak 238 sampel,” katanya pada Khamis memetik Sinar Harian.
Maklumat lanjut akan menyusul
Sumber: BERNAMA
The post Kes Zayn Rayyan: Usaha Kumpul Bahan Bukti Diteruskan, Saksi Buat Lakonan Semula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
