Kanak-kanak lapan tahun ditemui mati dalam kereta di Labuan

22 Nov 2025 • 6:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Mayat kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui dalam kereta Proton Gen-2 yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Labuan

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menerima laporan pada jam 9.10 pagi daripada seorang mekanik.

“Mekanik itu menghidu bau busuk semasa mahu mengalihkan kereta Proton Gen-2 yang ditinggalkan berhampiran bengkel sejak Jun 2025,” katanya.

Kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim daripada suku Bajau dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat.

Kes ini setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siasatan lanjut dilakukan pegawai penyiasat Balai Polis Rancha-Rancha.

Mohd Hamizi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil membantu.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengawasi pergerakan anak, terutamanya mereka yang berkeperluan khas.

Nasihat itu diberikan untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti ini berlaku. – Bernama