Penantian Isteri Hamil 5 Bulan Berakhir, Suami J*tuh Jambatan Pulau Pinang Sudah Ditemui

18 Nov 2025 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Penantian hampir dua hari seorang isteri berakhir apabila jasad suami yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu ditemui pada pagi tadi.

Isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, berkata, dia menerima panggilan berhubung penemuan mayat suaminya yang berusia 25 tahun, kira-kira pukul 9.50 pagi. Menurutnya, jenazah suaminya kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Terdahulu, Nurul Natasha yang sedang hamil lima bulan ada berkongsi gambar mereka sekeluarga dan meminta kepada pengguna media sosial agar tidak meninggalkan komen negatif atau membuat spekulasi berhubung kejadian yang berlaku.

image is not available
image is not available

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan mangsa ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran jeti di Pengkalan Weld.

Mangsa yang dikenali sebagai Elmi Nur Zamani Aizat Azim, dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih.

image is not available

image is not available

Ahad lalu, media melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Perai.

Mangsa dikatakan meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.