Kanak-kanak Lelaki 8 Tahun Berdepan Detik Cemas, Tersekat Dalam Tempayan Ketika Mandi

Entertainment
2 Mar 2025 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun diselamatkan oleh pihak bomba selepas dia tersekat dalam sebuah tempayan di dalam bilik air ketika mandi sebuah pangsapuri di Klang semalam.

Memetik laporan Buletin TV3, sebahagian daripada tubuh kanak-kanak lelaki itu telah tersangkut di dalam tempayan dan pihak bomba telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

image is not available

Difahamkan, mangsa tersangkut di dalam tempayan itu selepas kanak-kanak berkenaan duduk di dalamnya dengan posisi mencangkung.

Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong kerana tidak dapat keluar daripada situ dan keadaannya yang tersekat dalam ruang kecil itu kemudiannya telah disedari oleh ibu mangsa.

image is not available

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa berusia lapan tahun itu dari tempayan tersebut selepas 7 minit percubaan menyelamatkan mangsa dengan cara memotong tempayam menggunakan peralatan khas.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.