Kanak-kanak Lelaki Dan Seorang Wanita Cedera, Stroller Terbalik Ketika Turun Eskalator

LocalFamily & Parenting
21 Dec 2025 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan setelah stroller atau kereta sorong bayi yang dinaiki oleh mangsa telah terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli belah di Brickfields.

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku sekitar petang semalam ketika dan mangsa terjatuh dari eskalator tingkat satu.

Difahamkan, seorang wanita yang juga penjaga kanak-kanak itu telah menggunakan eskalator untuk turun ke aras bawah, namun secara tiba-tiba wanita itu tergelincir dan terjatuh ketika sedang menolak stroller tersebut.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren

Artikel berkaitan: “Korang sihat naiklah eskalator” – Wanita Bawa Stroller Bengang Golongan Bujang Guna Lif Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Kanak-kanak lelaki itu difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka kecil pada dahi manakala wanita tersebut pula cedera di leher dan kaki.

Setakat ini, keluarga kanak-kanak itu tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

image is not available

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Buletin TV3, Berita 

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Dazen Elevator Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.