Kanak-kanak lelaki maut dihempap pokok tumbang di pusat rekreasi Batu kikir

20 Feb 2024 • 10:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika mandi-manda di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki itu maut di tempat kejadian manakala kakaknya dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan ke atas saksi yang merupakan bapa mangsa, dia mengatakan pada jam 1 petang, dua anaknya itu dibawa untuk mandi-manda di pusat rekreasi tersebut.

“Ketika itu dua anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak dan kemudian bergerak ke arahnya yang berada di kawasan jeram. Semasa menuju ke arahnya, sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kedua-dua mangsa.

“Anak lelakinya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada akibat dihempap pokok.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - 20 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved