Budak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator

19 Feb 2024 • 9:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah jari kaki selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Setapak, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 4.56 petang.

Komander Operasi Shamsul Bahri Hashim berkata, susulan itu jentera dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kanak-kanak perempuan berkenaan tersangkut bahagian jari kaki pada eskalator.

“Kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan pada tiga jari kiri dengan salah satu daripadanya patah.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan rawatan serta tindakan selanjutnya,” katanya. – 19 Februari, 2024