Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

26 Jun 2026 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, dekat George Town, malam tadi.

Mangsa ditemukan orang awam di tingkat lima bangunan berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, beliau berada di lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Menurutnya, beliau berada di lokasi antara jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi selepas dimaklumkan mengenai kejadian membabitkan seorang kanak-kanak yang dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved