Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat Tujuh Apartment

LocalFamily & Parenting
16 Jun 2026 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Apartment Sri Lavender, Taman Sepakat Indah 2, di Kajang pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.12 pagi.

Image from: Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat Tujuh Apartment

Foto: Threads @who.is.luqs

Beliau berkata, panggilan melalui talian MERS 999 itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak jatuh dari bangunan di Blok AB, Apartment Sri Lavender.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 11 tahun yang telah jatuh dari tingkat tujuh.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Image from: Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat Tujuh Apartment

Foto arkib: Bernama

Menurut Naazron, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan juga disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum denda sehingga maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
Image from: Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat Tujuh Apartment

Foto: Threads @harisimn

Naazron turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya sentiasa memberi perhatian terhadap aspek keselamatan anak-anak, khususnya di kawasan kediaman bertingkat.

Beliau berkata, pengawasan orang dewasa amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Pihak polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memastikan keselamatan anak-anak di kawasan kediaman bertingkat serta mengawasi pergerakan kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa.
“Orang awam juga diminta supaya segera melaporkan sebarang insiden kecemasan melalui talian MERS 999 atau menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 bagi memastikan tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

The post Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat Tujuh Apartment appeared first on Borak Daily.