Kes 2 Beradik Jatuh Tingkat 12 : Ibu Warga Asing Berdepan Penjara 20 Tahun

LocalFamily & Parenting
16 Jun 2026 • 3:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang wanita warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas pertuduhan mengabaikan dua anaknya sehingga menyebabkan seorang maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, awal bulan ini.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berusia 37 tahun yang juga ibu kepada dua kanak-kanak warga tempatan itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada 7 Jun lalu.

Advertisement

ibu

Menurut beliau, dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

“Suspek dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.”

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ab Rahaman berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Ibu Mangsa Dua Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 12 Pangsapuri Direman 4 Hari

Tambahnya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000, namun wanita itu gagal membayar wang jaminan berkenaan.

“Tertuduh kini ditahan di penjara sehingga tarikh sebutan semula kes pada 22 Julai depan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes tersebut. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Kes 2 Beradik Jatuh Tingkat 12 : Ibu Warga Asing Berdepan Penjara 20 Tahun2026-06-09 10:21:04

Ibu Mangsa Dua Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 12 Pangsapuri Direman 4 Hari

The post Kes 2 Beradik Jatuh Tingkat 12 : Ibu Warga Asing Berdepan Penjara 20 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.