Kanak-Kanak Maut Tercekik Biji Rambutan Ketika Makan Bersama Kakak

LocalFamily & Parenting
21 Jan 2026 • 11:44 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan di sebuah kediaman di Felda Neram, Kemaman 1 pada Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang menikmati buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.

image is not available

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

Mohd Razi  berkata, mangsa diberikan buah rambutan yang telah dikupas oleh kakaknya sebelum mereka makan bersama.

“Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat dipercayai akibat biji rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
image is not available

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

image is not available

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

Beliau menambah, mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.50 petang pada hari yang sama.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disahkan akibat tercekik (choked) dan doktor turut mengesahkan terdapat biji rambutan di dalam kerongkong mangsa,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

The post Kanak-Kanak Maut Tercekik Biji Rambutan Ketika Makan Bersama Kakak appeared first on Borak Daily.