Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan

LocalFamily & Parenting
21 Jan 2026 • 9:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tercekik biji rambutan dalam satu kejadian menyayat hati yang berlaku di sebuah kediaman di Felda Neram 1, Kemaman, pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari itu, mangsa difahamkan sedang menikmati buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, semasa kejadian berlaku, buah tersebut telah dikupas oleh kakaknya sebelum diberikan kepada mangsa untuk dimakan bersama.

Baca juga:

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, mangsa tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas dipercayai akibat biji rambutan yang tersangkut di bahagian kerongkong.

“Mangsa segera dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang pada hari yang sama.

“Punca kematian adalah akibat tercekik dan doktor turut mengesahkan biji rambutan di dalam di dalam kerongkong mangsa,” ujarnya.