Kanak-kanak perempuan Orang Asli dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarga

14 Jun 2024 • 10:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di Sungai Nenggiri di Kampung Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 4.25 petang tadi.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa Syamley Nur Aleh Qarni Sham dipercayai mandi bersama tiga sepupunya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus.

"Mangsa menetap di Selangor pulang ke kampung beberapa hari lepas dan mandi bersama beberapa sepupunya di sungai berkenaan yang terletak di belakang rumah.

"Kami dimaklumkan dua sepupunya sempat diselamatkan, namun mangsa gagal diselamatkan selepas dibawa arus sungai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Azizi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.25 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada 5.04 petang untuk melakukan operasi menyelamat melibatkan 11 anggota.

Bagaimanapun katanya, usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 7.38 malam berikutan cuaca gelap dan arus deras, justeru operasi akan diteruskan esok. - 14 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved