Kanak-Kanak Perempuan Panjat Balkoni Bikin Netizen Panik, Ramai Pertikai ‘Parents’ Tak Jaga Ke?

15 Jun 2022 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di platform Twitter yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan hampir terjatuh dari balkoni rumahnya dan kejadian terbabit telah membuatkan ramai pihak berasa gerun serta cemas.

Kejadian yang berlaku di lokasi yang tidak diketahui itu telah membuat banyak pihak tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi.

Di dalam video terbabit, kanak-kanak itu sedang bergayut di balkoni dan ramai yang mempertikaikan di mana keberadaan ibu bapanya ketika itu kerana perkara yang terjadi itu sememangnya bahaya untuk nyawa anak kecil terbabit.

Dalam pada ramai yang berasa gerun melihat kejadian yang terjadi, hal lain yang menarik perhatian apabila ada seorang lelaki memanjat balkoni dari rumah sebelah dan pantas mengambil tindakan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Tindakan lelaki tersebut telah meraih pujian ramai kerana cepat mengambil tindakan selanjutnya.

image is not available

image is not available

Sekadar info, sehingga kini masih belum mengetahui keadaan sebenar kanak-kanak terbabit dan lokasi juga belum dapat dikenal pasti lagi.

image is not available 22 jam lalu

'Founder' Ubat Kurus Cik Non Meninggal Dunia, Suami Enggan Beritahu Punca Kematian