Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap Dalam Kereta Di Mydin Samariang Berjaya Diselamatkan

22 Sep 2024 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kanak-kanak tersebut ditemui orang awam berseorangan dalam kenderaan terkunci

Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap Dalam Kereta Di Mydin Samariang Berjaya Diselamatkan. Baru-baru ini, tular di media sosial suasana cemas yang berlaku di tempat letak kereta Mydin Samariang apabila penjaganya meninggalkan kanak-kanak perempuan itu bersendirian dalam kereta yang terkunci.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemudiannya cuba membuka pintu kereta tersebut setelah menyedari kanak-kanak itu terperangkap di dalam.

image is not available
Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap Dalam Kereta Di Mydin Samariang Berjaya Diselamatkan. Gambar tangkap layar dari X @mynewshub

image is not available
Gambar tangkap layar dari X @mynewshub

Penjaga kanak-kanak akhirnya tiba

Dalam video berkenaan juga, tidak lama kemudian, penjaga kanak-kanak itu akhirnya tiba, dan pintu kereta berjaya dibuka dan kanak-kanak tersebut dikatakan selamat.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa kecewa melihat tindakan penjaga kanak-kanak tersebut yang sanggup meninggalkan anak kecilnya di dalam kenderaan yang terkunci berseorangan.

image is not available
Gambar tangkap layar dari X @mynewshub

Oleh itu, kejadian ini menjadi peringatan kepada penjaga serta ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan di dalam kenderaan, terutamanya dalam cuaca panas yang boleh membahayakan nyawa.

Meskipun tiada kecederaan yang dilaporkan, situasi berkenaan menunjukkan betapa pentingnya kesedaran keselamatan kanak-kanak di tempat awam.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved