Kanak-kanak usia 6 tahun hilang di kopitiam

26 Jul 2025 • 6:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, M Tishant dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam.

JOHOR BAHRU - Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kehilangan M Tishant dilaporkan oleh bapanya yang berusia 36 tahun kira-kira 2.15 pagi tadi.

"Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 110 sentimeter dengan berat 19 kilogram, hidung mancung dan berkulit hitam manis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kumarasan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor E. Komaty di talian 010-3812804 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved