Kanak-kanak, warga emas antara tiga yang terselamat dalam kebakaran

11 Aug 2026 • 6:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak, warga emas antara tiga yang terselamat dalam kebakaran

BUKIT MERTAJAM : Tiga penghuni termasuk kanak-kanak perempuan dan seorang warga emas berdepan detik-detik mencemaskan apabila nyaris terperangkap dalam satu kebakaran di Jalan Paya, Kampung Tanah Liat di sini, tengah hari tadi.

Ketiga-tiga mangsa yang masing-masing berusia empat, 47 dan 82 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 12.32 tengah hari sebelum mengerahkan sepasukan anggota bertugas ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di sana, didapati kebakaran melibatkan lima unit rumah Kelas B dan Kelas C dengan anggaran kemusnahan antara lima hingga 85 peratus selain sebuah motosikal jenis Modenas dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, selepas ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan, operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 2.58 petang sebelum kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

The post Kanak-kanak, warga emas antara tiga yang terselamat dalam kebakaran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved