
MADINAH, 8 OGOS: Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan perkhidmatan yang dipertingkatkan di Masjid Nabawi bagi meningkatkan keselesaan serta kemudahan akses kepada pengunjung, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Antara inisiatif utama yang diperkenalkan termasuk kemudahan khas untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), pusat panduan yang komprehensif, perkhidmatan penterjemahan pelbagai bahasa serta taska khas bagi kanak-kanak untuk membantu keluarga ketika menunaikan ibadah.



