“Kancil ganas ni” – Kelibat Kereta Kancil 4×4 Di Pedalaman Buat Orang Ramai Teruja

Entertainment
26 Nov 2023 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum Perodua Myvi menjadi ‘King of the Road’, sebuah kereta keluaran Perodua juga pernah menjadi sangat ikonik. Dengan saiznya yang kecil, Perodua Kancil pernah menjadi kegilaan ramai orang sebelum kehadiran ‘adiknya’ Perodua Myvi.

Cuma sekarang ni kita susah nak nampak Perodua Kancil dekat jalan. Kalau ada pun mungkin dekat kawan kampung.

Tapi ada Perodua Kancil ni telah diubahsuai ‘baik punya’ dengan tayar besar. Kalau nampak dari luaran memang akan ambil masa sikit untuk kenal.

Korang tengok lah video Perodua Kancil 4×4 yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo kat bawah ni.

Kancil ganas ni

Fuhhh… ini kalau min terjumpa dekat luar, min pun terkejut. Bukan biasa-biasa tuan kereta ni ubah suai Kancil dia. Siapa sangka kan, Kancil boleh panjant bukit macam tu je.

image is not availableParameswara pun mau terkejut tengok Kancil power macam ni. Bukan setakat anjing je kena tendang, silap-silap gajahnya sekali lari lintang-pukang.

image is not availableMin pun kena tengok video ni 2 kali baru perasan itu memang kereta Kancil. Hebat betul boleh modify Kancil yang kecik tu jadi kenderaan 4×4 kan.

image is not availableKecil-kecil cili padi tau. Jangan pandang rendah Kancil sekarang ni, Kancil 4×4 dah jadi Harimau.

image is not availableMungkin ini antara nama yang sesuai untuk Kancil 4×4 ni. Nampak kecik tapi power sama macam Hilux.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.