‘Kanser’ dalam ATM, Mohamed Khaled sedia menghadap Pemangku Sultan Johor

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 11:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kanser’ dalam ATM, Mohamed Khaled sedia menghadap Pemangku Sultan Johor

​KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberikan gambaran yang jelas berhubung kenyataan dan titah Pemangku Sultan Johor baru-baru ini berkaitan ‘kanser’ di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

​Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, susulan itu pihaknya dalam masa terdekat akan memohon ruang untuk menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

​Menurutnya, usaha tersebut dilakukan agar semua pihak dapat bekerjasama demi kebaikan perkhidmatan tentera.

“Kenyataan dan titah itu perlu diberikan gambaran yang jelas dan memang dalam masa terdekat akan ada ruang untuk menghadap (Pemangku Sultan Johor) dan kita mungkin boleh sama-sama perbaiki keadaan itu,” Katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Barisan Nasional (BN) Kota Tinggi hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, semua pihak yang terbabit dalam merancang Rejimen Gerak Khas (RGK) diingatkan supaya tidak mengubah keputusan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim demi kepentingan pihak tertentu.

​Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi memaklumkan bahawa sesi menghadap berkenaan dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

​Apabila ditanya mengenai maksud khusus istilah ‘kanser’ berkenaan, beliau menjelaskan bahawa sebarang penafsiran lanjut hanya akan diperolehi selepas perjumpaan tersebut berlangsung. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kanser’ dalam ATM, Mohamed Khaled sedia menghadap Pemangku Sultan Johor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved