Kantoi Bila Nak Bank In Tak Lepas, Peniaga Kesal Ditipu Pelanggan Bayar Pakai Duit Palsu [Video]

LocalBusiness & Finance
6 Jun 2025 • 12:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak yang perlu difikir bermula dari kos operasi sehinggalah teknik pemasaran untuk melariskan jualan, semuanya harus dibuat sendiri.

Jika tersilap langkah, kemungkinan perniagaan yang diusahakan boleh musnah sekelip mata.

Dunia perniagaan juga sememangnya penuh dengan cabaran termasuklah ragam pelanggan.

Tidak kiralah perniagaan kecil atau besar, sikap pelanggan menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi.

Peniaga Kecewa Pelanggan Buat Bayaran Guna Duit Palsu, Kantoi Bila Tak Boleh Bank In

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga kecil yang kecewa dengan perbuatan melampau dan tidak bertanggungjawab seorang pelanggan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kakemikitchen, peniaga pisang goreng tepi jalan itu meluahkan rasa kesal apabila dia ditipu seorang pelanggan yang membayar menggunakan duit palsu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat peniaga itu memegang wang kertas bernilai RM100 yang didakwa merupakan wang palsu.

Jelas peniaga pisang goreng itu, dia mengetahui wang berkenaan tidak bernilai sewaktu dia mahu memasukkan wang tersebut ke dalam bank.

“Meniaga kecil-kecil pun orang nak tipu bayar pakai duit palsu,” tulisnya pada video berkenaan.

Tonton video penuh [DI SINI]

Bukan Sekadar Konten, Tunjuk Bukti Duit Palsu Dengan Sapu Air Pada Duit

Menerusi hantaran berasingan, peniaga itu menunjukkan bukti bahawa duit bernilai RM100 itu sememangnya palsu dengan cara menyapu air pada kertas berkenaan.

Ini kerana duit tersebut sememangnya betul-betul menyerupai wang kertas tulen lengkap dengan imej Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang menjadi perhatian adalah ketika air disapu pada wang kertas tersebut, kelihatan warna ungu dari kertas berkenaan mula keluar.

Malah, warna pada wang kertas tersebut mula menjadi pudar serta ternampak tompokan dakwat berwarna ungu pada bahagian belakang.

“Korang bezakan lah, duit betul ke korang? Yang kata fitnah, sekadar konten, nak bagi korang puas hati.

“Meniaga macam ni je tapi orang tipu,” kata peniaga itu pada video berkenaan.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kecam Tindakan Pelanggan, Minta Peniaga Lebih Berhati-Hati

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pelanggan berkenaan yang tergamak menipu peniaga kecil seperti mereka.

Malah, ada yang meminta agar peniaga berkenaan lebih berhati-hati selepas ini dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

Ini Cara Macam Mana Nak Kesan Duit Palsu

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini ada mengeluarkan panduan buat individu untuk mengenal pasti sama ada wang kertas tulen atau palsu.

Caranya adalah seperti;

#1 Bezakan Kualiti & Periksa Ciri Cetakan Timbul Pada Wang Kertas

Wang kertas yang tulen biasanya menggunakan substrat (bahan) yang bermutu tinggi dan unik jika dibandingkan dengan kertas biasa.

Individu disaran untuk memeriksa ciri cetakan yang timbul pada potret di wang kertas atau pada angka denominasi dan teks.

#2 Pegang, Halakan Wang Kepada Cahaya & Perhatikan Ciri-Ciri Tertentu

Jika korang mahu mengesan sama ada wang tersebut tulen atau palsu, pegang wang tersebut dan halakannya kepada cahaya lampu putih.

Korang dinasihatkan untuk memerhati beberapa ciri seperti;

  • Potret tiga dimensi Yang di-Pertuan Agong pertama kelihatan lebih terang dan nyata berbanding warna kertas di sekitarnya. Malah, ia akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
  • Tanda Pandang Telus – reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kelihatan selari dan membentuk imej atau corak yang lengkap.
  • Benang keselamatan dengan ciri teks mikro dijalin secara bersulam pada wang kertas.

#3 Sengetkan Wang Kertas Untuk Melihat Ciri Warna Atau Corak Yang Berubah-Ubah Pada Jalur Holografik & Benang Keselamatan

Jalur holografik khususnya pada wang yang bernilai RM50 sahaja, petak berkilat warna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan mikro yang hanya terdapat pada wang kertas RM100 akan dapat dilihat bila duit itu disengetkan di bawah cahaya.

image is not available
Foto: BNM

image is not available
Foto: BNM

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Dulu Duit Palsu Sekali Pandang Je Dah Tahu, Duit Palsu Sekarang Tengok 2,3 Kali Pun Sama, Memang Lepas Ni Kena Sediakan Air”

image is not available

“Semoga Yang Bagi Duit Palsu Tu Dapat Balasan Dari Allah SWT”

image is not available

“Ya Allah, Tergamak La Buat Peniaga Bagi Duit Palsu Macam Ni, Berapa Sen Je Dia Dapat”

image is not available

“Tak Apa, Mungkin Allah Nak Bagi Rezeki Lebih Baik”

image is not available

Source: