
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, kebanyakan peniaga khususnya pengusaha makanan gemar memilih perkhidmatan pempengaruh atau influencer untuk mengiklankan jualan mereka.
Manakan tidak, akses media sosial dilihat lebih mudah untuk sampai kepada pengguna berbanding platform pengiklanan yang lain.
Lebih menjadi perhatian, pengiklanan sebegini dilihat boleh menjadikan premis ‘viral’ dan mula dikunjungi orang ramai.
Kadangkala, kemunculan influencer membuat sesi siaran langsung (live) di premis tersebut pun sudah cukup untuk mempromosi kedai tersebut.
Namun, tidak semua peniaga sukakan keadaan ‘sesak’ sebegini jika premis mereka telah viral.
Pemilik Restoran Kecewa Dituduh Tutup Periuk Nasi TikToker
Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang pemilik restoran yang kecewa dengan respon seorang TikToker.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pemilik restoran berkenaan di Threads, dia meluahkan rasa kecewa apabila TikToker itu menuduh dia menutup ‘periuk nasi’ hanya kerana tindakannya yang melarang TikToker berkenaan membuat live.
“Kita larang someone not to do live Tik Tok di restoran saya, dah dituduh kita tutup periuk nasi dia pula. Dia tak fikir ke saya pun kena jaga my periuk nasi juga!” tulisnya.
Keadaan Restoran Hanya Kecil, Mahu Pelanggan Yang Datang Dalam Keadaan Selesa & Tenang
Jelas wanita berkenaan, keadaan kedainya yang kecil dan hanya memuatkan 20 meja menyebabkan dia tidak mahu restoran miliknya ditularkan.
Apa yang dia mahu adalah pelanggan datang dan berada dalam keadaan selesa serta tenang ketika berkunjung ke premisnya yang terletak di Bandar Saujana Putra, Kajang, Selangor itu.
“Restoran saya kecil je, ada dalam 20 meja je. Saya masih pemilik restoran yang old school, nak tenang-tenang je tak nak bising-bising.
“Tak perlu viralkan restoran saya sebab saya prefer pelanggan datang tenang-tenang juga.
“Salah ke saya? Saya ni mak cik yang umur dah over 60 ye, restoran pun small and chic je. Selesa dan tenang,” tulisnya lagi.
TikToker Didakwa Buat Live Dalam Keadaan Bising Hingga Buat Pelanggan Lain Tak Selesa
Dakwa warga emas itu lagi, dia tidak kisah sekiranya sesi live tersebut dilakukan dalam keadaan yang aman.
Namun, TikToker berkenaan didakwa membuat sesi live tersebut dalam keadaan yang bising hingga menganggu pelanggan lain.
“Tak tahulah. Awal-awal je introduction kata dia di restoran saya lepas tu more on other things.
“Saya tak kisah sangat pun kalau perlahan. Too loud dan gelak ketawa yang saya tak boleh terima.
“Pelanggan setia saya pun tak selesa. Mungkin saya dah tua kut. Adab dekat meja makan penting pada saya,” tulisnya lagi.
Ramai Sokong Pemilik Restoran, Tak Anggap Tindakan Tegur TikToker Satu Kesalahan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 87,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan pemilik restoran itu yang dilihat lebih mengutamakan keselesaan pelanggan setianya.
Malah, ada yang berpendapat keadaan premis yang tenang dan tidak dikunjungi terlalu ramai pengunjung walaupun sudah viral adalah lebih baik.
Ini kerana pelanggan tidak perlu beratur dan mengambil masa lama hanya untuk menikmati juadah kegemaran mereka.
Tidak hanya itu, ada yang menyuarakan hasrat untuk berkunjung dan merasa sendiri jualan makanan yang dijual oleh pemilik restoran tersebut.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tak Salah, Saya Sendiri Pun Tak Suka Benda-Benda Live Dalam Restoran Sebab Bising”

“Aunty Tak Salah Sebab Restoran Aunty, Memang Pun, Kadang Saya Terserempak Dengan Orang Buat Live Dekat Kedai Makan Rasa Tak Berapa Selesa”

“Saya Pun Kadang Tak Suka Diviral, Sebab Takut Tak Sempat Nak Handle”

“Saya Rasa Memang Kita Perlu Bersuara Kalau Tak Nak Orang Ganggu Bisnes Kita, Tak Semua Orang Nak Kedai Di Viral, Ada Yang Nak Bisnes Santai-Santai Je”

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Buat Review Kelaut, Owner Kedai Makan Terpaksa Sambung Buat Review Makanan Sendiri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Review Terlalu Jujur Hingga ‘Jahanamkan’ Peniaga, Jason Tampil Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Sibuk Buat TikTok Live Di Tempat Kemalangan, 2 Lelaki ‘Kejung’ Terkaku Ditegur Polis [Video]
Source:



![Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Di Dunia, Cef Malaysia Rangkul Pingat Emas [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)