Kantoi Curi Gambar Orang Lain, Ada Yang Mula Cuba Scam Jualan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mungkin ada di antara anda yang telah menyertai battle membeli Sambal Nyet Bilis yang baru sahaja dilancarkan influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) menerusi siaran langsung di Merdeka 118 pada Jumaat, 7 Ogos lalu.

Namun disebabkan trafik yang begitu tinggi, ramai yang tidak berpeluang untuk mendapatkan batch (kumpulan) pertama jualan produk terbaharu KA itu.

Sambal Nyet Bilis Cecah Jualan RM2 Juta Kurang Dari 2 Minit Siaran Langsung

Sekadar info, sebanyak 150,000 botol sambal habis dijual dalam masa 1 minit 51 saat sahaja (jualan RM2 juta) sekaligus menjadikan rekod baharu baginya.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Perkenal Produk Sambal Nyet Ke-4, Siap Turun Ke Laut Untuk Belajar Tentang Ikan Bilis [Video]

Konon Ada Stok, Scammer Cuba ‘Jual’ Sambal Bilis Nyet KA Dengan Harga RM17

Namun begitu, dalam keterujaan orang ramai bagi mendapatkan produk ini, ada juga individu licik yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang lain.

Seperti baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang wanita berkongsi tangkap layar perbualannya bersama individu tersebut yang cuba menjual Sambal Nyet Bilis kepadanya dengan harga RM17 termasuk caj penghantaran (postage).

Pada awalnya individu itu berkata dia mempunyai tiga botol sambal yang mahu dijual semula. Malah dia juga memberikan gambar tiga botol sambal tersebut bagi membuktikan seolah-olah dia tidak menipu dan memang mempunyai stok di tangan.

Scammer Desak Wanita Bayar Duit Postage

Bagaimanapun, wanita itu banyak kali mempersoalkan sama ada penjual terbabit boleh dipercayai ataupun sebaliknya. Hal ini kerana menurutnya, ramai yang FOMO (takut ketinggalan) mengambil kesempatan terhadap sesuatu yang viral.

Menerusi foto perbualan berkenaan, kelihatan individu itu seolah-olah mendesak wanita tersebut supaya membayar sekurang-kurangnya caj untuk penghantaran meskipun masih berasa was-was dengannya.

“Sis nak sebotol ke? Kalau sis tak percaya boleh je bayar duit pos dulu,” katanya.

Wanita Jumpa Gambar Sama Di Media Sosial, Scammer Kantoi Curi Foto Sambal Nyet Bilis Orang Lain

Pun begitu, taktik penipu terbabit terbongkar selepas wanita itu menjumpai foto tiga botol sambal sama yang pernah dimuat naik seorang pengguna Threads sebelum ini sekaligus membuktikan bahawa individu itu sedang cuba menipunya.

“Sebenarnya aku ada muat naik posting nak beli sambal bilis kalau ada yang nak jual. Mamat ni kemudian pm (mesej) aku. Aku rasa ada sesuatu tak kena sebab dia asyik ‘menekan-nekan’ aku dan cara taip mesej dan ayat berterabur.

“Aku cuba skrol gambar sambal KA (di media sosial), rupanya dia curi gambar orang lain. Lepas tu dah kantoi terus bluetick je (dekat WhatsApp),” kongsinya.

Baca Artikel Berkaitan: Gerai Cendol Di Taman Melati Terus ‘Sold Out’ Tak Sampai 24 Jam Lepas Khairul Aming Bantu Promosi

‘Hati-hati Yang Nak Beli Sambal Bilis KA, Ada Yang Ambil Kesempatan Padahal Mereka Tiada Stok’ – Wanita

Wanita itu dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik scam yang cuba mengaut keuntungan atas produk baharu KA ini.

“Hati-hati mana nak beli sambal bilis KA yang berjaya battle hari tu. Ada yang ambil kesempatan untuk jual padahal tak ada stok sambal pun dekat dia,” kata wanita berkenaan.

View on Threads

Pemilik Sebenar Gambar Tampil Tegur Perbuatan Scammer

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik individu tidak bertanggungjawab yang bertindak menipu orang lain semata-mata untuk mengaut keuntungan.

“Tak baiknya la. Mengambil kesempatan betul,” kata seorang wanita.

Malah pemilik sebenar gambar juga tampil bersuara dan menegur perbuatan scammer yang mencuri gambarnya.

“Tak baik betul! Yang orang tu share dah la guna gambar saya ambil! Tolong buat laporan,” ujarnya.

Segelintir individu pula berkata, antara ciri-ciri scammer yang boleh diperhatikan adalah mereka akan bertindak mendesak individu untuk melakukan transaksi pembayaran.

“Nak hidu (kenal pasti) scammer ni senang je, jenis menekan-nekan. Selagi tak balas, selagi tu dia menekan,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved