Mahu jadi seperti Khairul Aming boleh, tapi masaklah masakan yang lebih praktikal – Chef Alwi

Food
9 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mahu jadi seperti Khairul Aming boleh, tapi masaklah masakan yang lebih praktikal – Chef Alwi

SUBANG JAYA: Chef selebriti, Alwi, mengingatkan pempengaruh media sosial yang mahu menjadi seperti Khairul Aming perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang masakan yang ingin dikongsikan di media sosial.

Chef Alwi atau Alwi Mahfuz, 55, berkata, pempengaruh seharusnya mempunyai objektif yang jelas dan memerlukan pengetahuan asas dalam bidang masakan.

Menurutnya, ramai yang mahu menjadi seperti pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, tetapi mereka terus mencuba sesuatu yang ekstrem untuk populariti.

“Khairul Aming bermula daripada minat dan perlahan-lahan menjadi seperti sekarang. Kepada pempengaruh yang tiada latar belakang itu, mulakanlah dengan cara seperti itu juga.

“Jangan buat perkara yang terlalu ekstrem sebab kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita buat terhadap masakan itu. Paling penting, apa tujuan mahu jadi pempengaruh, adakah sekadar mahu glamor atau mahu sampaikan sesuatu di sebalik populariti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Chef Alwi berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Pencarian Chef Cilik Subi di MYDIN USJ, Subang Jaya, di sini, hari ini.

Chef Alwi berkata, sesiapa sahaja boleh memasak tanpa perlu ada gelaran chef, namun resipi yang ditunjukkan perlulah praktikal untuk dicuba oleh orang ramai.

“Semua orang boleh memasak tanpa memerlukan latar kulinari atau masakan. Apa yang mereka perlukan adalah memasak benda yang lebih praktikal dan bukannya terlalu pelik.

“Contohnya, ada orang ambil seekor ikan dan letak dalam burger, itu tidak praktikal dan sekadar nak perhatian semata-mata. Lebih baik ajar cara pilih ikan, bersihkan, dan masak sebelum letak dalam burger,” katanya.

Bagaimanapun, Chef Alwi menegaskan kehadiran pempengaruh yang bersandarkan kandungan masakan tidak pernah menutup pintu rezeki chef sebenar kerana masing-masing mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri.

“Mereka yang ada latar belakang kulinari ini bekerja dan memasak benda yang lebih realiti. Pempengaruh mungkin buat untuk dapatkan kelebihan dan jadi pempengaruh berbayar, tetapi chef yang betul jarang tunjuk diri di depan,” katanya.

Program Pencarian Chef Cilik Subi merupakan pertandingan memasak untuk kanak-kanak yang dianjurkan bersempena dengan pelancaran rangkaian produk makanan laut (seafood) terbaharu daripada jenama SUBI.

The post Mahu jadi seperti Khairul Aming boleh, tapi masaklah masakan yang lebih praktikal – Chef Alwi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved