Rakaman Di Tepi Pantai, Penonton Teruja Ingin Tonton Drama Kim Sejeong & Lee Jongwon ‘Drunken Romance’

Entertainment
24 Jun 2024 • 12:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Makin tak sabar ni nak lihat gandingan Kim Se-jeong bersama Lee Jong-won!

Bagi yang belum tahu, Kim Se-jeong dan Lee Jong-won akan terajui “Drunken Romance”, sebuah drama komedi romantis mengenai seorang wakil jualan untuk sebuah syarikat minuman keras dan seorang pembuat bir tempatan.

Terbaru, foto para pelakon yang sedang menjalani penggambaran untuk drama itu telah tersebar di media sosial, membuatkan peminat semakin teruja untuk menantikan keluaran naskhah ini nanti.

Dalam hantaran yang dikongsi, Kim Se-jeong, Lee Jong-won dan juga Baek Sung-chul dilihat sedang melakukan rakaman di tepi pantai, memberi bayangan bahawa akan ada kisah cinta tiga segi antara watak mereka.

Sementara itu, “Drunken Romance” dilapor akan mempunyai 12 episod secara keseluruhan dan bakal ditayangkan pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.