Kapal langgar undang-undang bawa kargo ke Israel perlu dikenakan penalti – BDS

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 3:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kapal langgar undang-undang bawa kargo ke Israel perlu dikenakan penalti – BDS

KUALA LUMPUR – Kapal yang melanggar undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan penghantaran serta pemindahan kargo ke Israel perlu dikenakan tindakan dan penalti.

Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Nazari Ismail berkata, tindakan berkenaan penting bagi memastikan Malaysia tidak terdedah kepada kemungkinan dakwaan keterlibatan dalam genosid serta memastikan dasar negara berkaitan Palestin dilaksanakan secara berkesan.

“Akuntabiliti serta penalti perlu dikenakan terhadap kapal yang melanggar undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan penghantaran serta pemindahan kargo ke Israel,” katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan berhubung dakwan itu di Balai Polis Setiawangsa, di sini hari ini.

Beliau berkata, mekanisme usaha wajar (due diligence) juga perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kemudahan pelabuhan Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan, kebenaran berlabuh atau laluan melalui perairan wilayah kepada kapal yang membawa kargo ke Israel sekiranya penghantaran tersebut melanggar dasar Malaysia dan undang-undang antarabangsa.

Gesaan itu dibuat selepas BDS Malaysia memaklumkan kepada kerajaan mengenai sekurang-kurangnya 71 kontena membawa kargo menuju ke Israel berdasarkan dokumentasi yang disediakan menerusi inisiatif No Harbour for Genocide.

Menurut Nazari, penghantaran seumpama itu berkemungkinan berulang dan menunjukkan kewujudan rantaian bekalan barangan ke Israel yang bersifat rutin serta tersusun.

Katanya, keadaan tersebut berpotensi menjejaskan dasar solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin selain menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawab pihak ketiga untuk mengambil langkah yang diperlukan bagi mencegah genosid di bawah undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan pihak berkuasa Malaysia menyekat kargo yang ditujukan kepada Elbit Systems, pengeluar senjata terbesar Israel, pada 7 Ogos lalu membuktikan tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan.

“Kerajaan perlu bergerak melangkaui tindakan sekatan secara ad hoc dengan melaksanakan langkah menyeluruh termasuk larangan terhadap semua kapal dan kargo yang menuju ke Israel,” katanya.

BDS Malaysia turut menggesa kerajaan melaksanakan sekatan menyeluruh terhadap semua kontena yang ditujukan ke Israel dan kini berada di pelabuhan Malaysia, termasuk menyita kontena berkenaan.

Selain itu, kumpulan tersebut menggesa mekanisme due diligence dilaksanakan bagi memastikan kemudahan pelabuhan Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan, kebenaran berlabuh atau laluan melalui perairan wilayah kepada kapal yang membawa kargo ke Israel sekiranya ia melanggar dasar Malaysia dan undang-undang antarabangsa.

BDS Malaysia turut menggesa Malaysia memainkan peranan kepimpinan dalam Hague Group yang dibentuk melibatkan negara-negara dari seluruh dunia bagi mengambil langkah perundangan dan diplomatik secara bersama terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, khususnya melalui kawalan terhadap pemindahan maritim.

Sebelum ini, media melaporkan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menyita sebuah kontena di pelabuhan negara yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel, 7 Ogos lalu.

Menurut agensi itu, penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Kapal langgar undang-undang bawa kargo ke Israel perlu dikenakan penalti – BDS appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved