Kapal Marinette Dipintas, Perjuangan Aktivis Gelombang Pertama GSF Berakhir – Nadir Al-Nuri

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri mengesahkan bahawa kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette, telah dipintas pasukan tentera Israel.

Nadir menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, tindakan itu menandakan berakhirnya misi gelombang pertama flotilla berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Gaza.

“Kapal Marinette: intercepted. Bermakna berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama kita pada kali ini.
“Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir. Kini tiba tugas para peguam Adalah dan tugas kita, menekan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!” katanya.

Kapal Marinette Dipintas

image is not available

image is not available

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, Marinette dilaporkan sebagai satu-satunya kapal yang masih belayar menuju ke Gaza dengan kelajuan 6 knot selepas beberapa kapal lain berjaya dipintas lebih awal.

image is not available

Jurucakap Jawatankuasa Induk Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Adibah Razali sebelum ini memaklumkan, kapal tersebut ketika itu berada di zon merah R2 dan jaraknya dianggarkan kira-kira 60 batu nautika dari pesisiran pantai Gaza.

image is not available

Beliau menjelaskan kelajuan 6 knot dianggap sebagai ‘memecut laju’ memandangkan kebiasaan kelajuan belayar adalah sekitar 4.5 hingga 5 knot.

Bagaimanapun, Adibah menegaskan bahawa kapal itu tidak membawa sebarang rakyat Malaysia.

Sumber: FB Nadir Al-Nuri