Kapal Pengangkut Kuasa Konvensional Terakhir Amerika Syarikat Dijual Pada Harga 4.5 Sen

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

USS John F Kennedy (CV 67) dilancarkan pada tahun 1968 sebagai kapal pengangkut pesawat berkuasa bahan api konvensional terakhir Amerika Syarikat. Selepas wujud hampir 60 tahun, kapal ini telahpun dijual oleh Tentera Laut Amerika (USN) pada harga $0.01 (RM 0.045) untuk dilupuskan di Texas.

image is not available

Kapal telahpun ditarik daripada operasi sejak 2007 kerana usianya yang usang serta USN hanya ingin menggunakan kapal pengangkut nuklear. Ia kemudiannya disimpan Philadelphia dengan tujuan untuk menjadikannya sebuah muzium terapung. Tetapi selepas beberapa cadangan membina muzium gagal menjadi realiti, kapal penuh sejarah ini telah dijual. Pada 16 Januari lalu ia telah ditunda ke Texas untuk dilupuskan sebagai besi buruk.

Sepanjang operasi selama 39 tahun, USS JFK terlibat dalam Operation Desert Shield untuk membebaskan Kuwait dan juga Operation Enduring Freedom untuk menyerang Afghanistan selepas serangan 911. Walaupun USS JFK (CV 67) kini menghala ke tempat pelupusan, namanya akan diteruskan oleh USS JFK (CV 79) yang akan memulakan operasi tahun ini dengan ia adalah sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved