Kapal tangki petrol musnah terbakar di Paitan

22 Jul 2022 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebuah kapal laut yang membawa muatan minyak petrol dilapor musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jeti Daerah Kecil Paitan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan menyatakan, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima laporan menerusi talian Balai daripada pemanggil kira-kira jam 5.15 petang yang memberikan maklumat berhubung kejadian.

Sejurus panggilan kecemasan itu, seramai empat anggota BBP Beluran diketuai Pegawai Operasi, James Marik, bergegas ke lokasi sejauh 173km dari balai itu untuk membuat pengesahan kebakaran.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke masa berikutan tiada rangkaian telekomunikasi yang baik di lokasi ketika ini.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.